Assalamu'alaikum WBT .
Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tau tak bahawasanya dekat 3rd floor main library ni , macam bising .
Ya Allah sabar jek ni .
1 . Okeh aku tau korg nak berjalan . Memang mana boleh duduk diam dengan sangat khusyuk buat kerja dalam library . Kan ? Nak pergi makan le . Minum le . Toilet le . Kan ?
Tapi , boleh tak kalau nak berjalan tu , tolong berjalan dengan kadar yang senyap . Boleh ? Ni library le . Paham tak ni ?
2 . Okeh . Yang duduk dalam bilik apa benda entah kat bahagian hujung tu . Aku tau pintu tu macam best untuk dihempas kalau tengah sakit otak buat kerja . Tapi , tolong le paham ni library . Pintu tu cuba tutup slow2 dan sangat sopan santun ayu segala bagai . Boleh tak ? Kan tak pasal dah kena sound dengan aku tadi . Nasib baik kau macam donat yang sopan . That's why aku berani tegur . Wahaha !
3 . Kerusi . Okeh . Duduk atas kerusi . Time nak bangun dari kerusi tu , boleh tak tolong jangan seret . Cuba angkat sikit kerusi tu . Berat sangat ke nak angkat ? Kalau malas nak angkat , nak seret jek kerjanya , lain kali duduk atas lantai . Paham ?
4 . Pasang charger lappy kat plug kat meja . Oi . Kau ingat kau sorg ada charger ? Kau tolong pasang charger kau tu secara sopan santun dan ayu boleh tak ? Kalut semacam macam kena kejar hantu apasal ? Plug tu tak lari okeh .
5 . Menaip . Orang sebelah kepada sebelah aku sekarang , menaip sangat kuat okeh . Maksud aku , dia tekan keyboard lappy tu ha , aku rasa macam nak tercabut huruf2 tu kot . Oi . Kau taip slow2 boleh ? Kau mengganggu aku kau tau tak ? Kau tau ? Kau tau ? Aku tengah TENSION ni !
6 . Telefon atau lebih tepat untuk semua orang , handphone . Okeh . Kau silentkan fon kau tu boleh tak ? Kalau kau tak nak silent sebab nak kasik orang2 lain dengar ringtone kau yang kau rasa sedap dengan lagu yang kau rasa macam best tu , sila , sila le angkat atau picit button apa2 kat fon kau tu so , bunyi yang macam sedap tu tak ada le mengganggu . Kau paham ?
7 . Kemas barang2 nak balik . Kau kemas barang2 kau senyap2 jek boleh tak ? Kau kemas macam library ni nak runtuh apasal ?
Okeh dah . Aku tengah mengalami ketensionan sikit sekarang . SERIUS .
Then aku terasa nak post entry ni disebabkan kebisingan yang membingit kat telinga aku sekarang di kala aku tengah rajin bertapa kat library .
Dah . Aku ada dua presentation esok . Doakan aku .
Hey aku macam nak sound le perempuan yang sebelah orang sebelah aku ni . Bising gile menaip . Yes ! dia nak blah dah ! Yeayyyyyy !!!!!