BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 14, 2013

Assalamu'alaikum .

Lama sudah tak bertinta .

Dan akhirnya bertinta kembali .

Ada satu pesanan penaja . Kadang-kadang kita tidak akan mendapat semua yang kita inginkan . Ada hikmah yang ingin ditunjukkan Dia .


Wassalam .


Thursday, March 7, 2013

ringkas dan bererti .

Assalamu'alaikum .

Alhamdulillah . Hari yang indah . Hari yang sopan .

Kadang kadang ada perkataan ringkas yang membawa sejuta kesyukuran dan sejuta kegembiraan .

1 . Ucapan i love u daripada seorang anak kepada mak atau daripada mak kepada anak . Mak kekasih hati dunia akhirat seorang anak .

2 . Ucapan " saya sayang awak " daripada seseorang yang kita sayang .

Asar yok !

Monday, March 4, 2013

Kasih dan Sayang .

Kasih Sayang .

Assalamu'alaikum .

Kasih ada sayangnya hilang . Kenapa kasih masih tersisa bilamana sayang yang diungkapkan hilang jauh ? Sebab kasih masih mahu menunggu sayang untuk kembali kepada kasih .

Ada benar bilamana orang kata jangan percaya seratus peratus ungkapan sayang kekasih hati . Sayang boleh datang bila bila dan boleh pergi bila bila juga . Mungkin , ada hati yang akan terluka dalam beberapa ujian . Mungkin terluka disebabkan gagal mengatur Iman memandu hati untuk kekal sabar .

Mengapa mengeluh bilamana kita yang memilih dia suatu masa dulu ? Hanya kerana sedikit ujian kita mengalah dan menarik diri ? Hanya kerana empunya diri tidak sempurna dan kelemahan mula ternampak makanya ditolak sesuka hati ?

Ungkapkan sayang dan zahirkan sayang seikhlasnya dan sehabis baik .

Kita mungkin pernah tersilap langkah dan kata . Jangan kerana kesalahan yang tidak disengajakan itu menjadi racun dan bisa sepanjang usaha kita .

Ya , kita . Kita cuba yang terbaik dan kita cuba untuk bersatu .

ILY  MH .

Thursday, February 21, 2013

Happy Born Day Sayang .

Assalamu'alaikum .

Hai sayang . Konon semalam nak update post pasal birthday dia . Alih alih cis cinceros betul . Entah apa kena b.band maxis gua problemos . Hangen . Dah le pandai sangat godeh . Haa padang mukeng mung .

20 Februari . Birthday dia . 26 tahun . Yeay dah tua ! Awak dah tua !

Awak jauh kat sana . Saya kat sini . Kita selalu pumpang pumpang ribut petir . Tapi alih alih kita berbaik balik . Comel jek kan pe'el kita berdua ?

Saya kenal awak sejak dari UM . Tak pernah face to face masa belajar . Jumpa selisih bahu pun tak bertegur . Nombor telefon memang ada . Facebook memang ada . Tapi memang memang jarang le nak tengok tengok wall awak .

Alih alih alaaaa . Macam mana boleh sangkut dekat awak ? Cis mengada hati saya ni ha . Tau tak saya sayang awak ? ^_____^

Dah 26 tahun ni , semoga awak terus kuat , terus sabar , terus gigih , terus usaha , terus tahan kerenah saya yang memang memeningkan kepala otak awak ( heee ) , terus terus terus terus le apa apa jek . hee . Sori takde hadiah . Hadiah saya cuma saya janji nak cuba tak emo emo dan tak peningkan kepala otak awak sangat . Hee . Happy Belated Birthday sayang !

Okeh sayang , got to go . wo ai ni !

Monday, January 21, 2013

Hubungan .

Assalamu'alaikum .

Hey uols . Alhamdulillah , hubungan kembali normal .

By the way , korang pernah bercinta ? What is your main goal dalm hubungan cinta tu ? Ya , diakhiri dengan sebuah perkahwinan . Macam tu jugek aku . Apa yang aku harapkan dari hubungan ni adalah sebuah perkahwinan .

Jyeah well , there's no point for u to lovey-dovey each other and then end up dengan " kita clash " . What the heyyy ??

Ada ujian macam mana sekalipun , face it . Ada ribut taufan macam mana sekalipun , face it . Bukan mudah nak membina masjid . Dah tau bukan mudah , ada taufan sikit jangan gembeng kau tu nadia oii .

Lagi satu , bila dah buat keputusan , terima kenyataan bahawa kita akan berkahwin dengan segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita . Saya lebih sini , awak kurang sana . Saya kurang sana , awak lebih sini . Saling tegur le kesalahan yang pasangan kita buat . Dan kalau ada kebaikan yang dia buat , tak salah memuji . Kasik up sikit semangat dia . Haaaa gittew uols .

Tak salah bila pasangan minta ubah sikit pe'el kita yang tak menyenangkan dia . Misalnya kuat marah , angin tak tentu pasal , kalut tak tentu pasal , gelabah tak tentu pasal , kuat report , gembeng dan apa apa jek le pe'el yang menganoyyingkan pasangan korang tu ha . Ye le , bila difikirkan balik , takkan le bila dah kawen nanti nak stick dengan pe'el macam tu ? memang makan penyepak jek le nanti haa uolss .

Oh ye . Doakan hubungan ni berpanjangan dan segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar .

Assalamu'alaikum .

Friday, January 18, 2013

Entry yang bukan melalut .

Assalamu'alaikum .

Mendung . Hati mungkin mendung .

Kesalahan yang sukar dikatakan dan dimaafkan . Maafkan saya . Ya , salah yang disebabkan diri ini . Diri yang tidak tahu mengawal perasaan , emosi dan tutur kata sehingga mengguris perasaan dia .

Berharap Januari bukan pengakhiran dan kuatkan doa semoga ujian yang diberikan ini mampu dilalui dengan tenang dan kuat .

Saya sayang awak .

Friday, July 20, 2012

:: Entry Melalut 85 : Julai ::

Assalamu'alaikum .

It have been almost nearly five months since my last posted on 29 February 2012 . Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan usia sehingga ke hari ini . Diberi pernafasan yang lancar dan corak kehidupan yang mengajar insan kerdil untuk terus lebih KUAT . Bukan apa , malas nak up-date blog . Tiba-tiba hari ni tergerak untuk menjenguk blog yang dah bersawang mengalahkan reban ayam , kambing mahupun lembu .

Julai .

Pertama , bulan Ramadhan mula menjengah . Mula menampakkan bulannya yang membuka 1000 kali rahmat malahan berjuta-juta rahmat bagi mereka yang benar-benar menghayati keindahan bulan mulia ni . kan ? Aku masih lalai . Cuba untuk berubah . Lagi dan lagi . Insya'Allah i'll be nice to Ramadhan .

Kedua , Insya'Allah kaklong going to pop-out-her-baby . NGEE . Doakan semuanya lancar . Tak sabar untuk bergelar seorang mokcik . NGEE lagi . Berangannya nak bahasakan diri dekat bakal anak buah nanti dengan panggilan IBU tapi apakan daya dah maknya dah cop panggilan ibu itu . SOBS .


Okeh le until here . Nak tidur sebab esok nak mengajar si anak-anak kecil yang comel-comel macam Teacher Nadia jugek ! ^__^

p/s : Ramai kawan-kawan yang lately suka bagi mesej mengejut macam ni , " weh aku dah nak tunang " . Syukur Alhamdulillah . Diri sendiri bila lagi ? Dia sahaja yang ada jawapannya .

Assalamu'alaikum .