Kasih Sayang .
Assalamu'alaikum .
Kasih ada sayangnya hilang . Kenapa kasih masih tersisa bilamana sayang yang diungkapkan hilang jauh ? Sebab kasih masih mahu menunggu sayang untuk kembali kepada kasih .
Ada benar bilamana orang kata jangan percaya seratus peratus ungkapan sayang kekasih hati . Sayang boleh datang bila bila dan boleh pergi bila bila juga . Mungkin , ada hati yang akan terluka dalam beberapa ujian . Mungkin terluka disebabkan gagal mengatur Iman memandu hati untuk kekal sabar .
Mengapa mengeluh bilamana kita yang memilih dia suatu masa dulu ? Hanya kerana sedikit ujian kita mengalah dan menarik diri ? Hanya kerana empunya diri tidak sempurna dan kelemahan mula ternampak makanya ditolak sesuka hati ?
Ungkapkan sayang dan zahirkan sayang seikhlasnya dan sehabis baik .
Kita mungkin pernah tersilap langkah dan kata . Jangan kerana kesalahan yang tidak disengajakan itu menjadi racun dan bisa sepanjang usaha kita .
Ya , kita . Kita cuba yang terbaik dan kita cuba untuk bersatu .
ILY MH .
Bertemu Ahli Syurga?
4 weeks ago