BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 13, 2011

:: Entry Melalut 18 : Jubah dan Aku ::

Assalamu'alaikum WBT .


Okeh . Malam ni aku nak melabon pasal aku dan jubah . Jubah dan aku . okeh . Tak ada beza . Sama jek kan ayat tu ?

Actually , seingat aku kan , aku start berani menyarungkan baju yang sinonim dengan minah2 Arab ni or what-so-called jubah/abaya ni masa aku second year . Means pertengahan tahun 2009 le .

Kegedikan nak pakai jubah tu memang dah ada since zaman2 akhir sekolah menengah . Means masa aku F6 lagi . Tapi tak pernah bagitau mama yang anak dara dia yang seorg ni ada angan2 malu2 miow nak pakai jubah segala bagai . So , aku pun buat selenge jek le dengan angan2 tersebut .

Masuk UM masa zaman2 first year , okeh ada akak2 senior yang nampak macam ala2 comel gila dengan jubah diorg . So dalam hati tu dah kata , " bila le nak pakai ni . Nak ke tak nak . Nak ke tak nak . Nak ke tak nak " . Okeh macam tak berani lagi . Malu2 miow lagi . Jadiknya , aku diam lagi ni .

Kenapa aku macam tak berani nak pakai jubah ?

1. Aku rasa macam susah jek kaki aku nak melangkah jalan nanti .
2. Akan ada stigma2 tertentu dari lalat2 sekeliling bila tengok orang start pakai jubah . Cth : Bajet alim . Perasan baik . Perasan bagus . Perasan gila . Perasan nak mam . Dan lain2 .
3. Orang tengok macam nak telan .
4. Aku rasa macam aku akan bertambah comel .
5. Aku takut orang asyik nak mengorat aku jek nanti .

* Okeh yang nombor 4 dengan 5 tu macam cannot go ek ? Abaikan nombor 4 dan 5 okeh . Tapi kalau ada yang anggap betul pun , gua tak kisah . Ngeeeeee .

Olrite korg . Apa yang menggerakkan momentum keberanian aku nak pakai jubah ni ? Tak ada apa2 pun . Tiba2 masa raya tahun 2009 , aku bagitau mama lebih kurang gini le . " Ma , kakngah nak pakai jubah raya ni ". Oh mama okeh jek . Dengan mama2 sekali beli jubah raya tahun tu . Oh serius aku sangat excited gila2 masa dapat pakai jubah . Wahaha !

Tapi , sebelum kejadian membeli belah dengan mama petang puasa tahun 2009 tu , dalam kereta aku telah pun mengirimkan sekeping mesej kepada seorg kawan lelaki aku . Siapa beliau ? Kalau aku cakap pun bukan korg kenal . Mungkin ada beberapa orang yang baca entry ni kenal . Beliau classmate sejarah aku . Tapi beliau budak minor jek . Major beliau , di jabatan lain . Okeh tambahan lagi , kolej jugek lain ye . Cepat teka cepat !

Huaaaaaaa . Aku pun tak tau kenapa mesti dekat mangkuk ni aku bertanya berkaitan sama ada nak beli ke tak nak beli jubah . Nak pakai ke tak nak pakai jubah tu . Serius tak tau . Aku tanya lebih kurang macam ni le weh . " Ey semaon ( bukan nama sebenar ) . Aku rasa nak pakai jubah tahun ni . Okeh ke tak ? " . Tak lama lepas tu semaon pun reply mesej tu . Aku tak ingat apa yang semaon tu reply tapi start lepas aku kasik mesej tu le , aku pun turun kereta dan menuju ke kedai jubah kat Kluang petang tu ( Owner butik tu spesies donat tapi dia hensem weh tapi sayang , dia merokok . Aiseh . kalau tak , dah mengorat dah . Okeh enough ) dan sssaappp ! Aku sauk sehelai jubah hitam . Jap . Twit2 . Aku tertarik dengan jubah hitam jek . Mata aku berpinor macam nak termuntah kalau tengok jubah yang berwarna2 yang ada sesetengah orang sekarang pakai . Serius tak cantik . Pada aku le . Ngeeeeee . 

Dan hasilnya raya 2009 , berjubah bagai le Nurul Nadia Binti N. Adib ni . Ngee .

Okeh , pakai sesuatu yang baru dekat rumah , tak apa . Orang tak mengata pun tapi yang macam menjadi masalah , nak balik kolej tu . Ayoo . Nak bawak ke tak nak jubah tu ? Nak pakai ke tak nak kat sana nanti ? Semaon kata pekakkan telinga jek . Okeh !

Bawak le balik . Pakai macam biasa . Ah biasa le budak2 . Nampak orang lain pakai benda baru , mula le mulut mengomel sana sini . Ada yang pandang okeh2 jek . Ada yang macam nampak alien lalu depan diorg . Tapi buat tak tau sudah . Lama2 diorg okeh le . Haaaa see , sampai le sekarang , tak kekok dah aku nak berjubah .

Tapi , aku tak ada le berjubah sentiasa . Gilos ke apa ? Kadang2 jek . Ikut suka nak pakai bila .

Kenapa aku suka jubah ?

1. Senang nak gerak . Dah pakai baru tau .
2. Tak merimaskan dan tak panas . Berbeza dari baju kurung . Pada aku le .
3. Nampak macam ala2 eksklusif . Tapi yang warna hitam jek le .
4. Untuk mengelakkan pandangan meliar jantan2 durjana (sesetengah jek) bak kata seorg kawan aku .
5. Untuk top-up kecomelan aku yang dah sedia comel ni . Wahaha !

* Nombor 5 abaikan kalau rasa nak muntah .


Ngee . See , how comel am i . Ngeeeee . Sebelah tu , ilah nama dia . Dia pun comel . Ek ?

Okeh le weh . Aku nak sambung assignment yang nak kena submit isnin ni . Bab 2 tesis nak kena hantar jumaat ni tapi , mak aih . Tak siap2 lagi ni . Nurul Nadia , cepat sikit boleh ? Nanti kang Dr.AB mengamok kang tak tau . Ayookkk .

P/S : Kepada bakal suami yang mungkin menjadi salah seorang yang membaca atau terbaca entry ni , nanti time kita nak kahwin lagi 5678910 tahun lagi , saya nak pakai jubah ni . Warna hitam . Saya tak kira awak kasik ke tak kasik ke , saya nak jugek pakai . Okeh awak ? Aaa lagi satu . Dah kahwin nanti belikan saya jubah hitam banyak2 tau ! Ngeeeeeeeeee .

Dah semua . Pergi sambung buat kerja korg masing2 .

Nite . Assalamu'alaikum WBT .