Assalamu'alaikum WBT .
Hola readers sekalian alam ! Ngee .
Hey2 . Macam rajin jek ek melagha kat blog . Ha le , FB tak ada kejap . Kat blog pun jadik le ek lagha2 ni . At least tak ada le selagha FB tu ha .
Oho okeh sayang ,
Btw , semalam , 25 Februari 2011 ktorg pergi Lukut . Again .
Kali ni pergi bertiga .
The super duper miss driver , balqis ! Tenx a lot yunk oi ! Gila penat kot drive sehari semalam .
The super duper kiut nak mam punya budak , aku le tu . Ngee .
The super duper da bomb , kak hawe ! Ni classmate ktorg . Dia saja jek nak follow .
Supposed to be , pergi berempat , dengan ain laoban wala2 .
Tapi , she cancelled last minute . Then minah ni tak jadik follow .
Okeh , pukul 9 pagi gitu , balqis angkat aku kat 4th .
Then pergi 7th , angkat kak hawe pulak .
Gedebuk gedebak , sampai Lukut dalam pukul 10 pagi kot . Ke lebih sikit entah .
Okeh dah masuk jek Lukut ,
Tuju pergi satu sekolah ni dulu .
Sekolah tuuutttt . Hajat di hati nak buat soal selidik kat situ . Nak dapatkan respondan sikit .
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii .
Jawapan dan layanan yang gila punya hampeh ktorg dapat .
Memang aku touching gila seh dengan sekolah tuut tu .
Lahabaunyaaaaaaaaaaaaaaaa .
Haiiiiiiii masih ada cikgu yang sebegitu rupa .
Gila serius tak pernah nampak dan tak pernah terjumpa .
Hey cikgu . Engkau jangan nak buat aku hilang respect dekat orang2 macam engkau .
Engkau tu cikgu . Tak perlu engkau nak keluarkan ayat2 yang boleh buat aku rasa macam nak cakap sesuatu yang tidak perlu diluahkan .
Memang den tak terkato dah ni ha .
Ha bila dah jadik kejadian sebegitu rupa ,
ktorg dengan hati yang sangat membungkam ,
chalo le dari sekolah tuut tu .
Pergh memang gila sentap ni .
Kesimpulannya ? Respondan dapat sekitar 8 orang . 8 dari 50 orang .
Haaaa . Macam mana tu ?
Celah mana bab 4 nak buat ni ? Cheh bab 4 konon . Bab 3 pun menggagau .
Then , ktorg pergi ke Kompleks Kota Lukut .
Ayoo . Masuk kawasan ni dah satu .
Kalau aku jadik pengarah kat situ nanti,
Banyaaakkkkkkkkkkkkkkk aku nak buat kat situ nanti .
Wah berangan !
Jumpa Encik Wandy . Beliau ni le kurator muzium tu .
Dah beliau serah2kan bahan2 apa yang ada ,
aku pun mintak izin nak pergi kawasan2 lain .
Tak nak le kacau beliau weh .
Ha le dia tengah dalam kondisi tak sihat weh .
Supposed to be , encik kurator tu sedang mc .
Tapi , dah aku kata nak datang , gigih dia menghadirkan diri dan berjumpa kejap .
Dah aku nak pergi kawasan2 lain tu , ingat aku tau jalan ? Kang aku kasik salah direction kat balqis , sia2 jek kang kena sekeh dengan makcik tu . Ngee .
Jadiknya , Pak Zin pun follow ktorg .
Pak Zin ni dah jaga Kota Lukut lebih 30 tahun .
Dari Kota Lukut under JMM sendiri until le Kota Lukut under Warisan .
So dia tau jugek le perbezaan dulu sekarang .
Pak Zin bawak ktorg pergi tiga tempat ni .
Mula2 pergi Masjid Kariah Lukut .
Nak tau apa uniknya masjid ni ?
Ahaaa ! dinding dia , dibuat dari putih telur campur tanah liat then dibina pada tahun 1872 . Ada jugek kolah air yang masih digunakan sampai sekarang .
Then Pak Zin bawak ktorg pergi Pangkalan Lukut kat Chuah .
Aha jalan ni aku ingat jugek le sebab , appa dulu kerja kat estet yang berdekatan sini . Ada lagi weh rumah2 kawan2 appa kat Tanah Merah ni ha . Sob2 . Teringat kenangan kecik2 dulu .
Okeh2 sambung .
Apa yang penting , sampai sekarang masih ada kastam kat situ .
Btw , tapak kastam yang ada kat situ sekarang , memang ada since 1926 .
Tapi , pangkalan ni wujud memang since Raja Jumaat lagi dan , memang ada kastam masa tu jugek .
Cuma , tapak kastam masa Raja Jumaat , dah tak ada le .
Sempat berbual dengan pakcik2 kastam yang ada kat situ .
Adoiiiiiiiiiii . pakcik2 ....
Habis kat sana , ktorg pergi Makam Raja Jumaat pulak .
Alaaaaa . Tak boleh masuk . Tak bagitau nazir tu awal2 .
Nak bagitau time tu , mesti le dia tengah bz nak siap2 solat Jumaat .
So , ktorg tengok dari luar jek .
Nampak depan2 mata makam tu .
Dalam tu ada makam Raja Jumaat , makam isteri dia , Tengku Senai dengan beberapa makam kaum keluarga Raja Jumaat dan jugek segala hulubalang2 dia .
Dekat dinding luar makam tu , masih ada jata Selangor .
Sebab , masa pemerintahan Raja Jumaat dulu , Lukut kan under Selangor .
Pemisahan Selangor dengan Sg.Ujong tahun 1878 yang sebabkan Lukut akhirnya masuk dalam Sungai Ujong . Then lama2 masuk sebagai Negeri Sembilan yang ada sekarang ni .
Pak Zin kata , setiap tahun masa nak puasa kerabat Selangor akan ke makam tu dan jugek buat tahlil .
Habis dah kat tiga2 tempat tu ,
ktorg pun balik ke Muzium Lukut . Masa tu lebih kurang pukul 1 tengahari .
Ktorg pun meneruskan hari dengan masuk dalam muzium tu sebab aku nak snap beberapa gambar yang boleh dimasukkan dalam lampiran tesis nanti .
Kejap jek kat dalam tu seems hari tu aku dah pernah pergi dengan balqis .
Then blah dari muzium tu lebih kurang pukul 2 kot . Ke 2 lebih entah .
Blah dari muzium , ktorg melagha dulu round2 kat PD . Hey2 dah lama tak datang PD since aku pindah masa umur 13 tahun . Dah 10 tahun aku tak jejak kaki kat PD . Agaknya kalau jumpa kawan2 lama masa sekolah rendah dulu , mesti masing2 dah berubah . Silap2 ada yang dah bertukar status kepada mak , ayah , bakal mak , bakal ayah , bakal graduan . Chewah !
PD macam tu lagi . :)
Nampak bekas sekolah rendah dulu . :)
Nampak padang tempat aku kena kejar anjing dulu . Gigih tau anjing tu kejar aku dengan kawan aku . :)
Nampak tempat aku menangis sambil jalan dulu sebab appa amek aku lambat kat sekolah . Gembeng . :)
Nampak playground tempat aku selalu main2 dengan kawan kalau time sekolah petang masa hari rabu dulu . :)
Nampak klinik Dr.Shoba . Klinik ni klinik panel masa appa kerja estet kat n9 dulu . Kalau sakit jek pergi sini . Lepas doktor tu dah cek2 , dia mesti senyum then dia kasik gula2 dua bijik . Boleh ingat lagi muka doktor ni kalau jumpa kot . Really motherdish . :)
Nampak kedai tempat selalu beli jajan lepas jumpa Dr.Shoba . Kedai ni sebelah klinik tu jek . Normally , kalau dah jumpa doktor tu jek , mesti ajak appa pergi kedai sebelah . Nak beli jajan . Ngee . :)
Nampak kastam pd . Yang penting kat kastam ni dulu , malam2 ada kedai makan . Tepi benteng . Syok weh . Sambil bedal mee goreng mamak , angin laut , perghhhh . Tapi tu dulu le . Sekarang aku tengok macam dah tak ada kedai jek . :)
Nampak kedai makan kat pasar lama pd . Dulu2 , tempat ni pasar . Pasar le . Pasar jual2 ikan sayur tu semua . Then , renovate jadik tempat makan . Kat sini dulu mama dgn appa suka makan sate . Serius sedap . Aku dgn kaklong dgn adek , mesti nak order lai chee kang . :)
Nampak macam2 lagi le . Senang kata nampak memori dulu2 kat PD . :)
Round punya round punya round , kepala dah pusing , balqis pun mesti dah penat drive .
Last2 ktorg singgah kepsi . Gigih ek makan kepsi kat pd . Ngee .
Dah habis makan tu semua , ingat nak singgah rumah kakaknya kak hawe kat sendayan . Tapi , macam awal lagi . So , ktorg pun singgah le teluk kemang . Ngee .
Tapiiiiii , tapi tak mandi pun . Hari pun dah macam petang2 . Hey . Gelap le saya awak kalau saya mandi laut tengah2 panas gitu . Tak nak le saya awak . Mengada tak saya ? Eh , kesah ?
Okeh ktorg pun duduk kat satu port . Macam2 le dibualkan . Yang paling aku ingat , pasal anak . Hua3 ! Termaju ke depan tau dah pikir pasal anak segala ni ha . Yang penting , nama anak tu . Ayoo . Tapi , yang paling penting , ktorg ternampak baik punya scene . Aku tak tau ada dua makhluk Allah tu buat apa kat tengah laut nun jauh depan sikit dari ktorg . Weh . Find a room ah weh kalau nak buat aksi segala bagai .
Seems hari pun dah macam nak hujan , ktorg pun blah . Tak ingat blah pukul berapa . Lebih kurang pukul 5 kot . Ke 5 lebih entah .
Ktorg pun gerak pergi sendayan . Okeh fine , salah masuk jalan masa nak ke hala seremban tu ha . Call appa , tanya direction jalan . Appa suruh patah balik ikut jalan seremban lama . Okeh dah jumpa dah kot jalan . Alih2 , haaaaa gau . melilau 3 kali kat dalam spring hill tu jek . Gigih carik jalan . Last2 , ada pakcik yang sangat baik sanggup tau tunjuk jalan . Ktorg follow belakang jek . Alhamdulillah finally , jumpa pun sendayan . Ngee . Trimas pakcik !
Okeh . Lebih kurang 6 lebih sampai rumah kakaknya kak hawe . Ktorg lepak kat sana rehat segala bagai sampai pukul 9 lebih . Anak buah kak hawe sangat gila comel ! Haziq + marsha . Alaaaaaaaaaaaaaaa . Rasa nak bawak balik jek diorg 2 ni tau !
Malam tu , ktorg balik kl . Seems minyak kereta pun full lagi , aaa amek kau ! merayap lagi . Sampai kl lebih kurang pukul 11 ke 11 lebih . Hujan . Round punya round punya round punya round lagi , last2 pergi danau kota kejap . Rounndddddddddddddddddddddd lagi . Yang penting gigih tau balqis tunjuk kat ktorg rumah awal ashaari kat kg.baru . Hmm kg.baru ? kenangan weh !
Okeh then pergi makan dekat2 taman tasik titiwangsa . Restoran Sani . Ke restoran Sunny . Tak ingat le spelling dia . Janji ada sebutan ala2 'ni' kat belakang tu ha . Weh , korg patut pergi makan kat situ . Char Kuey Teow dia memang sedap seh ! Aaaa kat sini jumpa golongan artis . Ayooooooooooooooo . Sekarang baru tau kenapa wardina cakap macam tu dulu .
Then lepas habis makan , ingatkan nak balik . Tersebut pulak 'jom pergi putrajaya' . Wahaha ! Balqis pun apa lagi , jom aje dia tu ha . Mak aih . boleh tahan dia ni drive . Tak penat ke weh ? Bal , kau tau tak , kalau aku , dah patah dah apa2 yang boleh terpatah ni ha . Manual lagi le pulak . Kalau aku , gerak memang le gerak kereta tu , tapi slow le . Haaaa kalau kereta tu auto , no prob ! aku rela bawak bergilir2 dengan kau ! Anyway , sangat gila punya banyak terima kasih kat kau bal !
Tapi kan korg , otw nak pergi putrajaya tu , aku tidur . Eh silap2 tertidur . Ngeeee . Hey2 amboiiii kak hawe tu . Berani tuuuuuu dia pot pet pot pet pasal aku . Nak kena ni . Kak hawe ni korg , memang tak boleh tak gelak kalau bercakap dengan dia . Sabauuu jek le ni ha .
Sampai jek putrajaya , kat jambatan tu ha , aku pun bangun . Aaa sampai sana pukul berapa aku tak ingat le . Baik punya lepak le kat situ . Rasa nak terjun dalam tasik tu ha . Aaaa tak larat nak gelak ktorg layan ayat2 sengal kak hawe . Kalau ada ain , lagi le aku tak tau jadik apa .
Lepas tu , tamat sudah pengembaraan kemelaghaan ktorg .
Penat sudah . Nak balik um dah . Haaa amek kau . Tidur lagi dalam kereta . Memang tak ingat dunia ah . Bukak2 mata , tau2 dah sampai kat um . Korg tau pukul berapa aku balik ? Pukul 4 pagi ! aaa amek kau . Anak dara , anak dara . Huaaaaaa tak apa . Sekali sekala .
Balik2 tu , nak mandi , tapi takut . Tau2 , tertidur . Ya Allah teruk le punya perangai .
Ni kat masjid yang aku cakap tadi tu ha . Saja jek tu test ketuk2 dinding tu ha .
Ni kat pangkalan tu ha . Peace korg !
Aha . Ni pulak makam tu ha . See , nampak tak jata kat atas tu ? Tu kan lambang Selangor tu .
Ini ktorg bertiga ! Ngee . Yang kiri tu , balqis . Yang tengah tu kak hawe .
Okeh dah tu jek boleh masukkan . Lain2 nanti . Okeh . Dah nak pergi mandi ni ! Bye2 korg !
Assalamu'alaikum WBT .