BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 12, 2011

:: Entry Melalut 52 : Hari ni , hari terakhir kat UM . Banyak nak tulis tapi macam blur ::

Assalamu'alaikum WBT .

Hai . Hari ni last day aku kat bumi UM ni . Berakhir sudah tempoh pengajian . Serius aku sayu . Serius kalau ada masa lagi , aku nak habiskan masa kat sini dulu tapi apakan daya . ( cheh . bajet nak tema2 sedih ah ni wahai Nadia ? ) . Ramai lagi kawan2 tak terjumpa ni ha . Semua pakat sms mintak maaf etc . Bukan tak nak tapi , kesihatan tak mengizinkan .

Nak tahu ? since isnin lepas ( kot ) badan aku ni , demamnya on off on off . kejap sejuk tak ingat dunia . kejap panas tak ingat dunia . kejap okeh kejap tak okeh . memang serius tak pernah rasa demam yang sebegitu rupa . masuk hari selasa , sama lagi macam hari isnin . tak syak apa2 lagi . masuk hari rabu , aishhhh rasa dah macam mayat hidup . memang tidur jek kerjanya . memang tak sentuh nota le walhal khamis ( hari ni le ) ada last paper . memang serius sangat tak larat . mula2 nak tahan tak nak pergi klinik sebab nak bangun pun dah tak boleh sebab rasa macam berjalan tak jejak bumi . Tapi disebabkan tak tahan yang amat , pergi jugek le . doktor yang cek tu kata aku demam panas . ( memang weh . kalau letak air kat badan aku ni , boleh masak air tu ha . ) nak tahu demam panas sebab apa ? yezza , kena chicken pox ! aaaa . memang dah penuh dah ni ha . gatal weh . sakit . memang dugaan di kala saat terakhir . tadi jawab exam pun kat isolation room . tak sempat uh jumpa kawan2 sejarah indonesia tadi . :(

Tapi tak apa . benda2 ni semua redha jek . Ujian Dia weh . Mungkin Dia nak uji aku sejauh mana aku kuat , redha . kan ? Kak Ayuni kata mungkin Allah nak hapuskan dosa aku . Yep . Tak dapat nak disangkalkan benda tu sebab sakit yang seseorang tu rasa actually penghapus untuk dosa2 dia . Cuma kena kuat dan redha . And kak Ayuni , thanks a lot for those words . Akak senior Nadia yang paling terbaik since MHS 2008 / 2009 . ( Arif pun kena chicken pox ni . Kesian sangat ni kat mama . Ayah kata esok pagi dia nak sumbat aku kat hospital . ayooo appa . kakngah tak nak stay hospital . boleh ? )

Apa lagi ye ? Ahaha . Biasa le dah dalam minggu terakhir , mesti ada tema2 tertouching + sikit tekanan perasaan but it's okeh and NVM sebab aku okeh . ( apa aku mengarut ni ? ) Sudah weh sudah .

4th . Emm actually aku sayang 4th . serius aku sayang tapi malas nak cakap . Lu pikir le sendiri . Kat 4th ni banyak jugek kenangan / memori . Aha ! 3 tahun kat C 100 ni . Floor paling best ( pada aku le . ) Mesti banyak benda aku rindu nanti . Tipu sangat kalau aku kata aku tak merindui apa2 okeh .

Rindu kawan2 . Dah mesti le kan . Tak kira le senior junior tua muda laki perempuan .

Rindu nak berbual lama2 dengan rumet . Ktorg boleh bercakap non-stop 3 jam tau . Percaya tak ? Tapi kalau dah senyap , memang senyap sesenyap senyapnye le !

Rindu nak kena fire dengan yana then rindu nak baloh sokmo ngan pijah . Ala nama pun rumet , biasa le kan . :P

Rindu nak buat air milo / nescafe sebelum pergi kelas .

Rindu nak bangun lewat2 sampai ke tengahari matahari dah tegak atas kepala time2 hari sabtu ahad . Walhal memang selalu bangun lambat . Ngehaha !

Rindu kelas , rindu assignment and of course rindu tesis . cheh cheh cheh poyo .

Rindu nak berjalan pergi kelas , pergi library sambil cuci mata . Okeh jangan amalkan tang cuci mata . Tak ada maknanya . Kau ingat ada orang nak tengok kau , Nadia ?

Rindu kedai makan kak mint kat fac.edu . Kedai makan ni le jadik tempat bertapa dan melepaskan kelaparan tatkala kat fak . Tahu tak ? Kak mint ni baik gila taw ! :)

Rindu nak minum nescafe kat library . Haha bukan apa , kalau kat library , tak kira le kejap ke lama ke mesti nak minum jugek air tu ha . Sambil lepak2 kat kerusi depan cermin tu dan telek2 muka aku yang comel ni ha . Okeh , muntah darah . 

Rindu kedai kak yah bawah ni ha . Then rindu kat port bawah pokok tu ha . Rasanya minggu ni tak turun kedai makan . Sebab nak makan pun tak boleh . Tak ada selera .

Rindu nak masuk bilik sambil ketuk bilik then panggil " rumet oo rumet " .

Rindu nak mandi kat shower room number 3 . Eh ada kena mengena ? Kesah ?

Rindu nak menjenguk ke luar tingkap sambil mencuci mata . Ha ? again ? Ha le since aku ni duduk C 100 kat depan dataran ni ha , nampak jek semua . Kot . Tapi saya bukan kaki skodeng . Katakan tidak kepada kaki skodeng .

Ye dan mesti jugek aku akan terkenang masa aku jadik pm dulu ! best sangat2 le time tu !

Kisah cinta ? Hmm . Berat2 . Pernah , memang pernah . Tapi tak lama . Tak mengapa . will be miss that moment too ! chehh . Dah le weh . Soal jodoh , nanti cerita ! Later2 okeh .

Banyak banyak banyak . Aku dah tak boleh berfikir sangat sekarang . Malam ni nak balik Kluang . Kalau rajin , aku update dari rumah . Okeh ? Doakan aku sihat cepat . Okeh ? Nak kerja ni taw !

Terima kasih tak terhingga untuk rumet2 , Nurhafizah Lukman + Noor Eliana Mohd Noor . Floormate , Noor Samrini Mat Asri , Nor Akhma Mohamed + Nor Shahida Abd. Wahab , kawan kpd rumet + floormate Nur Izlin Aiza Ahmad Zurdie ( Okeh . betul ke ni weh nama kau ni celin ? ) , Ex-rumet 1st year , Norhayati Parnoh , Kak La ( terima kasih kak . Nadia sayang akak tau ! )  kawan2 , classmate sejarah / Asia Timur . Siti Balqis Rosley , Tafrah Diniyyah Adnan Elfa , Hazwani Hamidi ( Wani oiiii betul ni nama kau ? ) , Siti Hawa Zainon , Nurfaain Anafi , Wan Khalidah Abdullah , Suhaiza Zulkifli , Nasrul Rahman , Muhammad Izzat Izzuddin Hamdan ( Jambu , panjang gila nama kau . ) , Mohd Khairul Latiff , Khairol Idzham ( yeay ! Bob2 ! ada nama kau seh ! ) Nicole Lim Nian Ling , Asmida Lat , Yuyu , Ilala Kirei , Zura , Kimi , Eh banyak banyak lagi le ! Jaga diri korg semua ! Jumpa masa grad nanti naa ! Wo ai nimen sangat2 niiiiiiiiiiiiiii !

Junior kolej , jaga diri . Study baik2 naa ! Akak sayang korg ah !

Okeh , nak melagha lagi sementara tunggu ayah sampai sini dari Johor . Bye2 korg semua ! Semoga ada jodoh yang panjang naa ! :')

Assalamu'alaikum .