BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 21, 2011

:: Entry Melalut 73 : manusia dan lahad ::

Assalamu'alaikum WBT .

Kalau ikut jam kat lappy aku ni , masa menunjukkan arah 9.16 minit pagi . Isnin . Isnin indah .

Malam semalam sebelum mata tertutup terbang ke dunia lain , aku baca buku dulu . Buku motivasi . Aku suka beli dan baca buku buku motivasi compared to novel novel cinta meleweh leweh .

Ada satu quote yang terus buat mata aku tertarik .

" Sejauhmana pun seseorang manusia tu pergi , ke liang lahad juga penghujungnya "

Tak payah nak interpretasikan quote di atas dengan hanya tertancap kepada cinta manusia semata .

Jauh . Jauh sama sekali . Lebih kepada kehidupan manusia tu sendiri . Peribadi manusia . Tanggungjawab manusia . Aku tak tahu nak labelkan macam mana .

Manusia selalu bersihkan diri nak cantikkan diri . Tapi manusia selalu lupa nak bersihkan hati nak cantikkan hati . 

Aku harap korg paham le maksud aku .  Aku belum cukup fasih nak membongkar ayat .

Kerja balik dan bye bye !

Assalamu'alaikum .